Pages

Friday, 11 November 2011

ALAT BARU

Minggu lepas,4 November,telah tiba beberapa peralatan baru untuk program bakeri di sekolah.Dengan adanya peralatan ini maka telah sempurnalah bakeri ini.Cuma ia datang akhir tahun jadi,tahun depan la stat guna!

Ini mesin pembancuh baru,selama ni kami pinjam  pembancuh dari
Bilik Kemahiran Hidup.Yang ni bleh bancuh sampai 5kg.



Ni pula namanya "Dough Divider" ( mesin pembahagi doh)
Selepas bancuh biarkan doh naik,pastu  masukkan kat sini.Tugas dia,memotong doh mengikut saiz yang kita  nak,
jadi tak payah susah-susah nak timbang.Keje pun jadi cepat.



Yang terakhir, mesin "PROOFER".mesin menaikkan roti dengan cepat,suhu bleh kita set.
Lepas doh dipotong dengan mesin pembahagi doh tu. bentukkan roti mengikut ape yang kita nak,pastu letakkan dalam alat ni.
Bile roti dah kembang,bakar dalam oven. 


Peralatan tadi datang dengan kotak kayu,operasi membuka  boleh tahan!
Dengan bantuan guru lelaki dapat la keje ni siap hampir 1 jam.Cikgu pompuan 
bahagian tengok dan sapu sisa-sisa kayu dalam bilik tu.

Semua mesin-mesin ni diperolehi dari sumbangan
YB Senator Dato' Kamaruddin Ambok,
Parlimen Segambut.
Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih!

No comments:

Post a Comment