Pages

Wednesday 19 October 2011

Roti pizza-mix vegetable

 Ramai orang suka makan pizza.Di sini ditunjukkan cara membuat roti piza.Kalau resepi piza cam Italian version tu..dorang guna minyak zaitun,bawang..telur xpakai punyer.. yang ni pakai resepi doh bun jer..                                        



Doh yang dah siap(cara buat doh sila rujuk dalam menu)


Ratakan doh dengan 'roller'. letakkan atas 'baking pan'.
Biarkan doh kembang.
Bila doh dah kembang letakkan sayur campur+mayonis+sos.


Bakar dalam oven.
Suhu : 175-185 Celcius(Berbeza mengikut oven)
Bila dah jadi 'golden brown' masak la tu.





Read more.Roti pizza-mix vegetable

Monday 10 October 2011

Cara membuat doh roti

Roti kategori bun yang terdapat di pasaraya,kedai,bakeri biasanya dibuat daripada  doh yang sama.Cuma di tambah inti,topping dan diubah bentuk menjadikan ia menarik dan di beri nama yang berbeza-beza.

Di sini saya perturunkan resepi bun doh,resepi ini telah diuji banyak kali oleh anak murid saya dan terbukti berjaya. Masa yang diambil dari awal hingga akhir proses sehingga roti dibakar lebih kurang 3 hingga 4 jam.

Doh Roti 
  1. Tepung            500 gram
  2. Gula                80 gram  
  3. Marjerin           50 gram    
  4. Susu tepung      15 gram
  5. Yis                  11gram    
  6. Telur                  1 biji        
  7. Garam              2 gram 
  8. Air                   200ml  
  9. Minyak sayuran  10 gram
  10. Pelembut roti        10 gram



 Cara membuat :

Semua bahan di atas yang telah ditimbang dimasukkan dalam bekas



Bancuh dalam mixer,pakai tangan pun  boleh janji sebati

Sesetengah  orang cakap uli selama 30 minit,ada yang 40 minit,ada yang cakap bila tepung tak melekat kat tangan,versi lain bila doh nampak licin, pengalaman saya , nak tahu  sebati tu bila doh tadi ditarik ia jadi seperti di atas,tak putus,tak koyak,tarik perlahan-lahan ye!


Lepas tu bulatkan doh,letak dalam bekas,simpan di tempat tertutup,kalau diletakkan di tempat terbuka,pastikan sembur air untuk pastikan doh lembab.doh yang kering menyebabkan proses pengembangan terbantut.



Bila doh dah naik 2 kali ganda  bolehlah doh ditekan.










Doh ditekan untuk mengeluarkan gas yang terperangkap.


Timbang doh tadi mengikut berat yang dikehendaki.50g dah ok untuk seorang.Guna penimbang
digital senang.


Bulatkan doh!Sampai langkah ini.Anda boleh simpan dalam peti ais untuk 
digunakan lainkali ataupun anda 
boleh terus bentukkan menjadi apa saja jenis roti yang anda inginkan!
Selamat mencuba! 


Doh ini perlu disimpan di tempat yang sejuk untuk memperlahan tindakan yis seterusnya 
mengelakkan dari  kembang. Berapa lama boleh disimpan?2-3 hari ataupun selagi doh tak bertukar. Bertukar warna ataupun bau ataupun rasanya masam.                

Read more.Cara membuat doh roti