Pages

Tuesday, 15 May 2012

PIZZA BUN 2

pizza bun
Salam sejahtera, di atas adalah gambar roti pizza yang diajar saya pada kali ini. Proses membuatnya agak sukar sedikit kerana doh perlu dipotong dan di letakkan berselang seli.Di sini saya tunjukkan proses yang telah dilakukan.

Bentukkan doh seperti di atas ( untuk proses buat  doh sila rujuk  page yang terdahulu)


Masukkan sosej dalam doh tadi

  

Bile dah cam gini,potong melintang kepada 8 bahagian,POTONG JGN PUTUS

                                                                                                     

     Selepas potong,secara selang seli buat seperti di atas

Letakkan di dalam proofer,tunggu sampai ia kembang

Dah kembang,letakkan sayur campur,sos dan mayonis.
Dah siap BAKAR!!!








Read more.PIZZA BUN 2

KEMBALI

Lama menyepi..pada mulanya setelah ramai anak didik saya yang telah tiada..semangat saya juga turut luntur...nak buat roti pun tak semangat lagilah nak update blog ni...tapi memandangkan bila saya lihat pelawat-pelawat yang melawat blog saya agak ramai dan ada juga pelawat dari luar negara...akhirnya,semangat saya turut kembali dan saya mengambil keputusan untuk kembali menyambung apa yang dibuat di dalam blog ini.Nantikan kisah seterusnya..Terima kasih kepada anda kerana melawat blog ini!!!

Read more.KEMBALI

Saturday, 26 November 2011

MEMORI 2010-2011


Inilah wajah-wajah anak didik saya sepanjang 2010-2011.Yang mendukacitakan hampir kesemuanya akan tiada menjelang 2012 kerana akan berpindah @ yang telah tamat persekolahan.




Biasanya saya akan bahagikan mereka dalam kumpulan.satu kumpulan 2 orang buat 1 resepi.











Yang sebelah kiri tu kira murid terbaik saya,kalau suruh dia wat roti dari
awal sampai akhir,x payah saya pantau konpom jadi!!


Diharap apa yang diperturunkan saya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.
Cikgu doakan kamu semua sentiasa dirahmati Tuhan dan berupaya menempuhi perjalanan hidup masing-masing.

Read more.MEMORI 2010-2011

Friday, 11 November 2011

ALAT BARU

Minggu lepas,4 November,telah tiba beberapa peralatan baru untuk program bakeri di sekolah.Dengan adanya peralatan ini maka telah sempurnalah bakeri ini.Cuma ia datang akhir tahun jadi,tahun depan la stat guna!

Ini mesin pembancuh baru,selama ni kami pinjam  pembancuh dari
Bilik Kemahiran Hidup.Yang ni bleh bancuh sampai 5kg.



Ni pula namanya "Dough Divider" ( mesin pembahagi doh)
Selepas bancuh biarkan doh naik,pastu  masukkan kat sini.Tugas dia,memotong doh mengikut saiz yang kita  nak,
jadi tak payah susah-susah nak timbang.Keje pun jadi cepat.



Yang terakhir, mesin "PROOFER".mesin menaikkan roti dengan cepat,suhu bleh kita set.
Lepas doh dipotong dengan mesin pembahagi doh tu. bentukkan roti mengikut ape yang kita nak,pastu letakkan dalam alat ni.
Bile roti dah kembang,bakar dalam oven. 


Peralatan tadi datang dengan kotak kayu,operasi membuka  boleh tahan!
Dengan bantuan guru lelaki dapat la keje ni siap hampir 1 jam.Cikgu pompuan 
bahagian tengok dan sapu sisa-sisa kayu dalam bilik tu.

Semua mesin-mesin ni diperolehi dari sumbangan
YB Senator Dato' Kamaruddin Ambok,
Parlimen Segambut.
Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih!


Read more.ALAT BARU

Saturday, 5 November 2011

MEXICAN BUN ( ala roti boy)


Mexican bun, cam roti boy la kirannya merupakan roti yang di dalamnya ada inti dan bahagian luarnya di saluti dengan toping berperisa kopi.Di sini ditunjukkan cara membuatnya.


Murid saya tengah meratakan doh



Isikan dengan campuran mentega dan gula,
Tutup rapat-rapat,kalau tak inti akan keluar semasa proses membakar.

Letakkan atas loyang 



Biarkan doh kembang








Letakkan topping di bahagian atas,buat dalam bentuk lingkaran,pastikan tangan tidak menggeletar.
Lepas tu, bakar dalam oven 180 celcius




Dah siap!





Read more.MEXICAN BUN ( ala roti boy)

Wednesday, 19 October 2011

Roti pizza-mix vegetable

 Ramai orang suka makan pizza.Di sini ditunjukkan cara membuat roti piza.Kalau resepi piza cam Italian version tu..dorang guna minyak zaitun,bawang..telur xpakai punyer.. yang ni pakai resepi doh bun jer..                                        



Doh yang dah siap(cara buat doh sila rujuk dalam menu)


Ratakan doh dengan 'roller'. letakkan atas 'baking pan'.
Biarkan doh kembang.
Bila doh dah kembang letakkan sayur campur+mayonis+sos.


Bakar dalam oven.
Suhu : 175-185 Celcius(Berbeza mengikut oven)
Bila dah jadi 'golden brown' masak la tu.





Read more.Roti pizza-mix vegetable

Monday, 10 October 2011

Cara membuat doh roti

Roti kategori bun yang terdapat di pasaraya,kedai,bakeri biasanya dibuat daripada  doh yang sama.Cuma di tambah inti,topping dan diubah bentuk menjadikan ia menarik dan di beri nama yang berbeza-beza.

Di sini saya perturunkan resepi bun doh,resepi ini telah diuji banyak kali oleh anak murid saya dan terbukti berjaya. Masa yang diambil dari awal hingga akhir proses sehingga roti dibakar lebih kurang 3 hingga 4 jam.

Doh Roti 
  1. Tepung            500 gram
  2. Gula                80 gram  
  3. Marjerin           50 gram    
  4. Susu tepung      15 gram
  5. Yis                  11gram    
  6. Telur                  1 biji        
  7. Garam              2 gram 
  8. Air                   200ml  
  9. Minyak sayuran  10 gram
  10. Pelembut roti        10 gram



 Cara membuat :

Semua bahan di atas yang telah ditimbang dimasukkan dalam bekas



Bancuh dalam mixer,pakai tangan pun  boleh janji sebati

Sesetengah  orang cakap uli selama 30 minit,ada yang 40 minit,ada yang cakap bila tepung tak melekat kat tangan,versi lain bila doh nampak licin, pengalaman saya , nak tahu  sebati tu bila doh tadi ditarik ia jadi seperti di atas,tak putus,tak koyak,tarik perlahan-lahan ye!


Lepas tu bulatkan doh,letak dalam bekas,simpan di tempat tertutup,kalau diletakkan di tempat terbuka,pastikan sembur air untuk pastikan doh lembab.doh yang kering menyebabkan proses pengembangan terbantut.



Bila doh dah naik 2 kali ganda  bolehlah doh ditekan.










Doh ditekan untuk mengeluarkan gas yang terperangkap.


Timbang doh tadi mengikut berat yang dikehendaki.50g dah ok untuk seorang.Guna penimbang
digital senang.


Bulatkan doh!Sampai langkah ini.Anda boleh simpan dalam peti ais untuk 
digunakan lainkali ataupun anda 
boleh terus bentukkan menjadi apa saja jenis roti yang anda inginkan!
Selamat mencuba! 


Doh ini perlu disimpan di tempat yang sejuk untuk memperlahan tindakan yis seterusnya 
mengelakkan dari  kembang. Berapa lama boleh disimpan?2-3 hari ataupun selagi doh tak bertukar. Bertukar warna ataupun bau ataupun rasanya masam.                

Read more.Cara membuat doh roti